Friday, April 3, 2009

Awek pakai G-string

Minggu lepas, aku mengalami masalah tali gitar aku putus. Memandangkan aku baru je beli gitar tu dan aku baru je belajar gitar, so ianya merupakan 1 masalah besar bagi aku. Aku mmg tak reti nk pasang tali gitar ni. So aku pun mengambil keputusan utk hantar gitar aku ni kekedai alat musik supaya pekerja kt sana tolong repairkan.

Bila sampai di kedai tersebut, aku agak tertarik dengan awek yg jaga kedai itu. walaupun seorang pompuan, dia cukup expert dgn alat muzik. So dengan selambenya dia tukar tali gitar aku tu.

Katanya tali yg aku putus tu tali "G" (tali yg ketiga). "Oo ni G-string yg putus ni, ko nak ganti dgn string brand aper?" kata beliau. So aku pun tunjuk la brand Ernie Ball (walaupun aku xtau apa bezanya, cuma buat2 terer aje).

Lepas je aku pilih, dia terus pakaikan(pasang) tali tersebut ke gitar aku. Setel! lega aku. Skarang aku dh mula blajar tukar tali gitar sendiri. Malu beb kt awek tu.. Disini aku sediakan video cara2 menukar tali gitar utk sama2 kita belajar.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment